"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"
Showing posts with label Soul Food. Show all posts
Showing posts with label Soul Food. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Wednesday, October 10, 2012

AHMAD ADAM SYUKRI perlukan doa anda

Salam. Hari ni saya datang office dengan mata bengkak. Bukan sebab gaduh dengan cinta hati ya... Saya nangis sebab AHMAD ADAM SYUKRI.

Hari ini MHI menjemput mama Adam dan bapanya di Sri Pentas. Adam pula di pantau di Hospital Sibu dan berita mutakhir tentang Adam ialah dia dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU. Sebaknya hati mengenangkan Adam. Lagi-lagi dikhabarkan matanya mengalami infection sehingga memudaratkan dan terpaksa ditutup. 

Jadinya tugas saya dan anda diluar sana ialah MENDOAKAN AHMAD ADAM SYUKRI agar berada di dalam keadaan yang lebih stabil dan lebih sihat sehingga mamanya pulang ke pangkuannya hari ini.

Mama Adam berada di Semenanjung untuk memberi peralatan untuk kegunaan Adam dan berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pantai bagi membincangkan tentang rawatan yang lebih baik untuk Adam.

Juga dikhabarkan oleh mama Adam di MHI tadi, dia terpaksa meminjam duit dari ceti untuk membeli susu serta keperluan Adam. Ya Allah sehingga begitu sekali pengorbanan mama Adam. Bukan dia pinjam nak joli ok, tapi semata-mata untuk Adam. Peralatan yang dibeli oleh Mama Adam semalam, dia menggunakan wang sumbangan dari orang ramai ya bukan dari duit ceti.

Satu lagi permintaan Mama Adam ialah untuk mendapatkan rawatan untuk Adam di Semenanjung kerana peralatan di sini lebih lengkap berbanding di Sarawak. Diharapkan adalah insan-insan yang mendengar rintihan Mama Adam ini supaya Adam dapat rawatan yang terbaik.

AHMAD ADAM SYUKRI seorang anak yang kuat dan sangat mengerti perasaan mamanya. Walaupun otaknya rosak tetapi dia memahami perasaan Mamanya sehinggakan dia pandai mengalirkan air mata setiap kali mamanya meluahkan kesedihan padanya. 

Ya Rabbi... Engkaulah yang maha mengetahui akan nasib yang dihadapi oleh anak kecil ini. Semoga Engkau permudahkan segala kesulitan dan kesengsaraan dan berilah yang terbaik untuk anak kecil ini.

Bagi sesiapa yang mahu membantu keluarga Ahmad Adam Syukri, masih belum terlambat. Walaupun apa yang anda hulurkan itu sedikit tetapi kalau ramai yang memberi jumlah akan menjadi banyak, InsyaAllah.

Ini adalah akaun no. Mama Adam untuk anda bertindak.

Nama: NORAISAH MOHD MALENA
MBB - 161136331818
CIMB - 02040007292201

Jangan lupa tugas anda hari ini. DOA UNTUK AHMAD ADAM SYUKRI.

Al-Fatihah.

Tuesday, October 9, 2012

STRESS MODE ON!

Siapa STRESS macam saya hari ini?

Lets all read this to calm ourselves.... Amin!

Wednesday, October 3, 2012

Monday, July 16, 2012

Kelebihan Surah Al Kautsar


Salam All... memandangkan sedang hujan dengan lebatnya, ni saya share ngan you all Surah Al-Kautsar untuk diamalkan ya...


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, June 22, 2012

Download MP3 Al-Quran beserta terjemahan. FREE!!

Salam Jumaat semua.

Dengarkan kesyahduan bacaan Syeikh Abdul Rashid Misyari Al Afasi beserta terjemahan Bahasa Melayu. Download dan anda boleh mendengar ayat - ayat suci Al Quran sambil mengetahui terjemahannya. Al Quran dalam format MP3 ini boleh di download, simpan dalam komputer, Ipad, tablet PC, pendrive, burn dalam cd atau pelbagai gajet terkini.

Sambil - sambil bersantai , sambil - sambil memandu kenderaan sambil mendengar bacaan Al Quran dan terjemahannya. :)

Sebarkan MP3 ini! Sabda Rasululllah S.A.W.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Saya nak kumpul pahala hari ni.. silalah ke link ni yeah.. Amin.

Friday, June 15, 2012

Pengertian dan Konsep Zakat

Salam. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang zakat kerana masih ada diluar sana yang masih tidak paham tentang zakat ni. Informasi ini diharap dapat membantu ye...

Pengertian zakat

Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain. Sebagai salah satu istilah dalam pengajian hukum atau “fiqh” zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Selain itu, perkataan zakat ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu istilah tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Quran dan al-Sunnah juga menggunakan perkataan “sedekah” bagi pengertian yang sama. Dalam al-Quran misalnya Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Dalam konteks penggunaan biasa, zakat dari segi bahasa didefinisikan sebagai “bersih”, “suci”, dan “berkembang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri dari sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 83 :

Dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Kedudukan zakat dalam islam

Sebagaimana yang diketahui ramai, zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang lima. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“Islam dibina atas lima : Bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan haji ke baitullah bagi sesiapa yang mampu mengunjunginya”

Hadis tersebut jelas memberi erti bahawa zakat adalah rukun islam yang ketiga, iaitu selepas syahadah dan sembahyang. Rukun bererti tunggak atau asas utama pembinaan sesuatu. Ini bererti, tanpa mengeluarkan zakat, seperti juga tanpa sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Ia bermakna slam seseorang tidak berada dalam keadaan yang kukuh atau sebenarnya jika dia meninggalkan zakat Al-Syaukani berpendapat bahawa kewajipan berzakat merupakan satu perkara yang sangat jelas dalam syariah islam dan tidak perlu kepada apa-apa hujah lagi. Oleh sebab itu, mereka yang mengingkarinya dihukumkan kafir. Ibn Qudamah pula berkata sesiapa yang mengingkarinya disebabkan jahil kerana baru memeluk islam atau hidup terpisah daripada masyarakat islam di daerah yang terlalu jauh, maka dia perlu diberitahu tentang kewajipannya, dan dia tidak dihukumkan kufur kerana ada sebab yang munasabah. Tetapi jika dia seorang muslim yang hidup di dalam negara islam maka dia dihukumkan murtad. Oleh itu, dia hendaklah disuruh bertaubat sebanyak tiga kali. Sekiranya enggan hendaklah dibunuh.

Dari sudut ekonomi pula, zakat adalah ciri terpenting sistem fiskal islam dengan mekanisme pengagihannya yang tersendiri. Zakat dengan bentuknya yang tersendiri merupakan alat dasar fiskal yang dapat menangani masalah pengagihan yang merupakan salah satu daripada objektif ekonomi yang penting. Disamping itu, zakat secara automatik boleh menstabilkan jumlah pendapatan dan guna tenaga.

Kewajipan mengeluarkan zakat

Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut tentang kewajipan berzakat. Antara ayat-ayat berkenaan adalah firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 110 :
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan

Dalam ayat diatas, Allah secara jelas menyuruh umat islam mengeluarkan zakat, sepertimana juga mereka disuruh sembahyang. Mengikut para fuqaha, ungkapan suruhan memberi erti wajib kecuali ada asas yang memberi faham ia bermaksud sunat atau harus.

Kepentingan zakat

Dalam banyak ayat al-Quran yang disebutkan, pembayaran zakat dinyatakan bersama-sama dengan mendirikan sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya tanggung jawab ini dalam islam. Ia diberi penekanan yang sama beratnya dengan ibadat sembahyang dan rukun islam yang lain sehingga tidak menunaikannya dianggap tidak beriman kepada kitab suci al-Quran. Kepentingan inilah yang telah meletakkan zakat sebagai antara perintah agama yang tertinggi dan menjadikan orang-orang islam insaf bahawa bayaran ini adalah mudah, murah, dan bukan paksaan terhadap mereka. Semakin tinggi keimanan orang-orang islam, semakin kuranglah peluang bagi mereka mengingkari zakat. Zakat merupakan sejenis bayaran wajib yang mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat islam yang memenuhi syarat-syarat yang tertentu walau dalam keadaan apa sekalipun. Tabung zakat ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, bertindak sebagai syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu dari tabung ini. Oleh itu, ia bertindak sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang menganggur, orang-orang miskin yang memerlukan, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orang-orang sakit, dan lain-lain. Ia merupakan insurans sosial yang penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang cerah bagi mereka.

Ia merupakan satu tabung insurans yang sumbangannya hanya datang daripada orang-orang kaya. Jika pada hari ini kita kaya, kita mestilah memberi sumbangan kepada tabung ini. Orang-orang miskin dan memerlukan akan mendapat manfaat dari tabung ini pada hari ini, tetapi jika kita atau anak-anak kita menghadapi kesusahan pada hari esok disebabkan oleh perubahan dunia ini, kita atau anak-anak kita juga yang akan mendapat manfaat darinya. Jelaslah bahawa zakat memenuhi kedua-dua tujuan iaitu untuk pembersihan jiwa yang merupakan tanggung jawab terhadap agama dan sebagai insurans sosial bagi semua risiko, hasil dari sumbangan secara kolektif.

Monday, June 11, 2012

Rahsia Kejayaan

Salam All.
Siapa yang nak kaya? Semua orang nak kan? Tapi korang nak tak jadi seorang yang kaya dan bertakwa at the same time. Nilah yang kita semua nak kejar kan... so, let me share with you apa i dah baca and semoga kita mendapat pengajaran dari rahsia kejayaan ini..

Rahsia Kejayaan - aL-ikhsaN

Pemilik rangkaian - Encik Ali Hassan

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

"Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya... kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar," jelasnya

Rahsia Kejaayaan - Zahafiz Travel Sdn Bhd

(Ni I petik sedikit dari blog MariaFirdaus) Encik Firdaus, tuan punya blog berkesempatan bertemu dengan Datuk Zainal ni ketika menunaikan haji.

Datuk Zainal Abidin - Pengerusi Zahafiz Travel Sdn Bhd. - orangnya sederhana. Boleh dikategorikan sebagai golongan 'jutawan bertakwa'. Inilah yang kita semua mahukan. Kaya dan dalam masa yang sama bertakwa kepada Allah.
Datuk menceritakan beliau bukanlah dari latar belakang agama. Beliau merupakan bekas pegawai polis dahulu. Beliau memulakan perniagaan Zahafiz ini lebih kurang sejak 15 tahun yang lepas.

Beliau menceritakan ada 3 faktor utama dari segi amalan yang beliau rasa ia membantu dalam perniagaan yang dijalankan.

1) Restu dan Doa Ibu

Beliau menceritakan, pada peringkat awal beliau mahu berhenti kerja sebagai polis dan memulakan sebuah perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan itu, beliau bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu.

Ibunya tidak merestuinya.

Maka beliau tidak berhenti kerja dan tidak membuat perniagaan itu.

Jika kita fikirkan, apa rasionalnya Datuk yang berumur sekitar 40 tahun meminta izin dari ibunya untuk membuat keputusan berhenti kerja? Bukankah Datuk pada waktu itu cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Namun, Datuk amat menitik beratkan restu ibu. Datuk mahu ibunya sentiasa mendoakan beliau dalam apa jua keadaan.

Selepas itu, Datuk meminta izin daripada ibunya untuk membuat perniagaan Umrah dan Haji ini. Dan Alhamdulillah, kali ini ibunya membenarkan beliau berhenti kerja dan membuat business ini.

Selepas mendapat restu ibu. Barulah Datuk berhenti kerja sebagai polis dan memulakan perniagaan ini. Dan Alhamdulillah, perniagaannya berjaya.

Datuk menceritakan kepada saya beliau meminta ibunya untuk mendoakan kejayaan beliau setiap hari. Dan Datuk berkata doa seorang ibu kepada anaknya amat mustajab dan ia tiada hijab. Maka, sebab itulah Datuk merasakan perniagaannya boleh berjaya.

Datuk juga menceritakan kepada saya pentingnya kita untuk mengambil berat dan menjaga ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup.

Datuk menceritakan dalam apa jua keadaan, Datuk sentiasa melebihkan ibunya daripada isterinya. Dan 'isterinya' faham keadaan ini. Datuk memberitahu supaya jangan risau apabila beliau melebihkan ibunya, ini kerana mereka akan mendidik agar anak lelaki mereka juga suatu hari akan melebihkan ibunya berbanding isterinya.

Ini yang sepatutnya.

 Namun kita hari ini sering 'melupakan' kekuatan doa ibu dalam hidup kita. Kita 'lupa' untuk mengirim wang kepada ibu bapa kita setiap bulan. Kita 'lupa' untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Dan yang lebih teruk, kita 'lupa' untuk berhubung dengan mereka bertanya khabar dek kesibukan kita mengejar 'kejayaan dunia'.

Sedangkan 'kejayaan' itu lebih mudah dikecapi dengan doa dari mereka.

2) Solat Sunat Dhuha

Datuk menceritakan amalan kedua yang beliau amalkan dan yakin 'membantu' dalam keberkatan dalam perniagaannya adalah Amalan Solat Sunat Dhuha.

Beliau menceritakan yang beliau telah amalkan solat Sunat Dhuha sejak sekian lama. Setiap hari beliau bersolat Sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat. Dua rakaat dibuat dua kali. Dan ia dilakukan setiap hari tanpa 'miss'.

Beliau menceritakan kepada saya apabila kita bersolat Sunat Dhuha dan membaca doanya setiap hari, ini bermakna kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki setiap hari. Dan waktu Dhuha adalah antara waktu afdhal untuk kita berdoa.

Dengarlah Doa Solat Sunat Dhuha ini. Anda pasti akan tersentuh hati mendengar doa ini yang dibaca dalam bentuk nasyid yang begitu indah. Saya amat suka mendengar doa ini setiap hari.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhua Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, perlindungannya adalah perlindungan-Mu."

"Ya Allah, jika rezki kami di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan kekuasaan-Mu."
"Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"

Sama samalah kita hayati maksud doa ini. Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalir air mata kita mengharapkan rezeki daripada Allah.

Bayangkanlah, jika ini yang kita doakan setiap hari dalam hidup kita. Insya Allah. Suatu hari pasti dan pasti Allah akan kabulkan hajat hajat kita dan dimurahkan rezeki kita.

Datuk menceritakan mereka yang selalu mengamalkan solat Sunat Dhuha akan dimurahkan rezeki oleh Allah. Dan kita kena faham konsep rezeki itu sendiri.

Duit yang kita peroleh adalah rezeki. Ini yang biasa kita faham.

Namun, kesihatan juga rezeki. Kereta tidak rosak juga rezeki. Anak anak tidak sakit juga rezeki. Rumah tidak bocor juga rezeki. Dijauhi dari malapetaka dan bencana juga rezeki. Dapat anak yang soleh juga rezeki. Dan konsep rezeki perlu diperluaskan agar kita lebih mudah faham rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Agar kita lebih bersyukur kepada Nya.

"Firdaus, amalkanlah Solat Sunat Dhuha setiap hari. Insya Allah, Firdaus akan saksikan sendiri kehebatan amalan itu sendiri. Allah akan buka jalan agar dimurahkan rezeki kepada Firdaus daripada pintu yang tidak disangka sangka," kata kata nasihat Datuk ini benar benar terkesan dalam hati saya.

Insya Allah Datuk, akan saya amalkan.

3) Bersedekah

"Firdaus, amalan ketiga yang saya rasakan ia memurahkan rezeki saya adalah amalan bersedekah. Setiap hari, di dalam poket seluar saya mesti ada duit kecil. Saya akan bersedekah kepada sesiapa sahaja yang saya rasakan perlu. Tak semestinya saya kenal dia. Tak semestinya saya hanya bersedekah kepada peminta sedekah. Kalau saya nampak cleaner sedang sapu sampah. Saya bagi. Kalau saya nampak 'guard' di bank pun saya bagi. Sekadar nak membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Dan saya lakukan ini setiap hari. Dan bila saya masuk satu satu masjid, saya tidak akan keluar dari masjid itu melainkan saya sudah bersedekah untuk masjid itu," Datuk menceritakan panjang lebar.

Datuk menerangkan yang amalan bersedekah amat besar fadhilatnya.

Dan apabila kita bersedekah, kita bukan mengurangkan rezeki kita. Sebaliknya kita menambah rezeki kita. Allah akan gantikan kepada kita melalui cara yang lain. Cara yang kita tidak sedar.

"Datuk, datuk selalu derma berapa ringgit?" Saya bertanya kepada Datuk.

"Janganlah tanya saya derma berapa. Tapi, dermalah ikut kemampuan kita. Kalau kita ada lebih, kita bagi lebih. Kalau kita ada kurang. Kita bagi sedikit. Yang penting, kita harus biasakan dengan memberi".

"Tahu tak, bila kita menderma kepada seseorang yang tidak kita kenali. Salah seorang daripada mereka ini pasti 'mendoakan' kepada kita secara tidak langsung. Tahu tak, doa daripada seorang muslim yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya itu amat mustajab." Datuk menambah lagi.

Kalau difikirkan begini, ia memang benar. Kita tidak kaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. Jika kita banyak memberi, insya Allah banyak lagi yang akan kita terima. Inilah sifirnya di dalam Islam.

"Kamu tahu tak Syarikat Bin Laden. Kontraktor terbesar di Saudi. Setiap hari, mereka membelanjakan sekitar SR30,000-SR40,000 untuk didermakan kepada orang ramai." Datuk memaklumkan kepada saya.

"Banyaknya yang dia orang derma!" saya mencelah.

"Firdaus, janganlah tengok berapa yang dia orang keluarkan. Tengok pula berapa yang dia orang dapat hari tu. Berapa juta yang masuk. Salahkah kalau nak keluarkan setakat SR30k-SR40k sehari kalau projek yang masuk juta juta," terang Datuk.

Datuk memberikan contoh yang amat jelas kepada saya. Contoh yang bersertakan bukti yang kukuh.

Saya benar benar bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan Datuk Zainal. Pertemuan yang tidak dirancang. Tetapi ia benar benar memberi kesan dalam diri saya.

Insya Allah Datuk. Akan saya cuba amalkan apa yang Datuk nasihatkan kepada saya.

Orang kata, kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang dah berjaya. Bagi saya, mengambil pengajaran dari kisah kejayaan Datuk amat penting dalam hidup saya yang juga turut membuat business. Semoga saya juta begitu.

Semoga satu hari nanti saya boleh memiliki rumah besar, kereta besar, berjiwa besar. Dan yang paling penting. Menjadi 'JUTAWAN YANG BERTAKWA'. Tak guna kalau kaya harta tapi miskin jiwa. Tak guna kaya kalau tak rajin bersedekah.

Dua rahsia kejayaan diatas betul-betul menginsafkan saya. Betapa kerdilnya diri ini yang masih banyak kekurangan. Semoga saya dapat melakukan apa yang dilakukan oleh dua tokoh ini secara istiqamah. Kita sama-sama berusaha ya...


Thursday, June 7, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Friday, May 25, 2012

10 Surah Yang Baik untuk Diamalkan

Salam All. Ni i nak share ngan korang apa yang i jumpa masa i berblogwalking.

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Semoga kita dapat amalkan dengan istiqamah. Amin.

Tuesday, May 15, 2012

Be grateful...



"Be grateful for what you have; you'll end up having more.
If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough."

 

Thursday, May 10, 2012

Didikan Utama untuk anak lelaki dan perempuan

























As parents its our duty to perform our role to educate our children for them to be prepare for the future. InsyaAllah, we can do it. If there's a will there's a way. Good luck to all parents out there.

Tuesday, May 8, 2012

Monday, May 7, 2012

Quote from Prof Dr Muhaya. Reminder to myself.

"Sentiasa sebut syurga dan neraka dan dosa dan pahala dalam perbualan harian di rumah. Hentikan sebut malu kat orang, nanti apa orang kata. Jadikan diri bebas dari penghargaan manusia untuk benar-benar bebas hidup ini. Lihat perkataan yang digunakan dirumah. Itulah kualiti keluarga kita. Jangan cari kesalahan orang. Jadi orang yang bertanggungjawab pada hasil keluarga kita."

Saturday, May 5, 2012

Something to ponder

While i was blogwalking my favourite blogs, i found this in Caden Joseph's blog.

"Society has tended to look at dwarfism as a disease, when it should be viewed as an example of diversity. We will address whatever medical problems come up, but these are not children who are broken and need to be cured. They have the same needs and capacities as every other child. They just happen to be short.”
Dr. Michael Goldberg


Enjoy your weekend!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...