Hari-hari memang masa nak bersiap untuk pi keje I akan buka Malaysia Hari Ini (MHI). Tengah dok layan milo + ESP, keluar cite pasal baby Ahmad Adam Syukri. He is 7 months old. Staying in Sarikei, Sarawak dan dia mengalami Rosak Saraf Otak. MasyaAllah.....
Sedih sangat lihatkan keadaan baby Adam ni... even pengacara MHI pun sebak tengok. Ya Allah, I ingatkan ujian yang Allah bagi kat I dah tak terkata rupa-rupanya ada lagi yang sedih dan bila tengok baby Adam, tak berhenti air mata ni keluar. Tambah lagi bila mama Adam; Noraishah sendiri terpaksa bersengkang mata hanya dapat tidur sejam sehari demi untuk memastikan yang Adam is well cared. Adam is on 4 types of machine.
Ahmad Adam Syukri merupakan anak sulung kepada Aishah dan suami selepas 3 tahun kahwin and beberapa kali keguguran. Harapan mama Adam ialah nak dengar Adam panggil 'Mama' ..... ya Allah sedihnya bila teringatkan kata-kata mama Adam.
“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
Adam & Mama |
Ahmad Adam Syukri |
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Semoga mama Adam tabah menghadapi dugaan Allah ini dan terus menjaga 'Ahli Syurga' yang disayangi ini..
Kos perbelanjaan untuk baby Adam is around RM3000 monthly. Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya dapat menyalurkan sebanyak RM300 sebulan.
Pada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga baby Adam; sila masukkan ke dalam akaun Mama Adam.
Nama : NORAISHAH MOHD MALENA
MBB - 161136331818
CIMB - 02040007292201
Diingatkan ya supaya menyalurkan ke akaun yang betul sebab ada jugak orang yang telah mengambil kesempatan ke atas nasib baby Adam.
Semoga dengan bantuan anda semua dapat memberi sinar baru pada Baby Ahmad Adam Syukri dan keluarga especially Mama Adam.
Terima kasih kepada yang sudi membantu. Segala jasa baik anda hanya Allah swt yang dapat membalasnya.
No comments:
Post a Comment