"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Wednesday, October 10, 2012

AHMAD ADAM SYUKRI perlukan doa anda

Salam. Hari ni saya datang office dengan mata bengkak. Bukan sebab gaduh dengan cinta hati ya... Saya nangis sebab AHMAD ADAM SYUKRI.

Hari ini MHI menjemput mama Adam dan bapanya di Sri Pentas. Adam pula di pantau di Hospital Sibu dan berita mutakhir tentang Adam ialah dia dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU. Sebaknya hati mengenangkan Adam. Lagi-lagi dikhabarkan matanya mengalami infection sehingga memudaratkan dan terpaksa ditutup. 

Jadinya tugas saya dan anda diluar sana ialah MENDOAKAN AHMAD ADAM SYUKRI agar berada di dalam keadaan yang lebih stabil dan lebih sihat sehingga mamanya pulang ke pangkuannya hari ini.

Mama Adam berada di Semenanjung untuk memberi peralatan untuk kegunaan Adam dan berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pantai bagi membincangkan tentang rawatan yang lebih baik untuk Adam.

Juga dikhabarkan oleh mama Adam di MHI tadi, dia terpaksa meminjam duit dari ceti untuk membeli susu serta keperluan Adam. Ya Allah sehingga begitu sekali pengorbanan mama Adam. Bukan dia pinjam nak joli ok, tapi semata-mata untuk Adam. Peralatan yang dibeli oleh Mama Adam semalam, dia menggunakan wang sumbangan dari orang ramai ya bukan dari duit ceti.

Satu lagi permintaan Mama Adam ialah untuk mendapatkan rawatan untuk Adam di Semenanjung kerana peralatan di sini lebih lengkap berbanding di Sarawak. Diharapkan adalah insan-insan yang mendengar rintihan Mama Adam ini supaya Adam dapat rawatan yang terbaik.

AHMAD ADAM SYUKRI seorang anak yang kuat dan sangat mengerti perasaan mamanya. Walaupun otaknya rosak tetapi dia memahami perasaan Mamanya sehinggakan dia pandai mengalirkan air mata setiap kali mamanya meluahkan kesedihan padanya. 

Ya Rabbi... Engkaulah yang maha mengetahui akan nasib yang dihadapi oleh anak kecil ini. Semoga Engkau permudahkan segala kesulitan dan kesengsaraan dan berilah yang terbaik untuk anak kecil ini.

Bagi sesiapa yang mahu membantu keluarga Ahmad Adam Syukri, masih belum terlambat. Walaupun apa yang anda hulurkan itu sedikit tetapi kalau ramai yang memberi jumlah akan menjadi banyak, InsyaAllah.

Ini adalah akaun no. Mama Adam untuk anda bertindak.

Nama: NORAISAH MOHD MALENA
MBB - 161136331818
CIMB - 02040007292201

Jangan lupa tugas anda hari ini. DOA UNTUK AHMAD ADAM SYUKRI.

Al-Fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

tramadol online no prescription how much tramadol dosage - tramadol 50mg slow release

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...