"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Thursday, June 28, 2012

Vita-Lea: Testimonial dari mak saya

Salam All,

Saya lagi. Lama tak post tetiba hari ni rajin nak share info ngan you guys.

Kali ni saya nak share tentang satu produk hebat dalam rangkaian Shaklee. Sebenarnya saya pun baru je makan beberapa hari dan sama juga la dengan mak saya. Nak dijadikan cerita; seperti biasa saya akan call mak saya nak tanyakan apa-apa perihal anak-anak mahupun mak saya sendiri kot-kot dia nak apa2 ke... dah abis amik report tetiba mak saya cakap begini; ni dialog saya ngan mak saya ye...

Mak: Along, ubat (maksud dia vitamin) yang kau bagi mak makan tu eloklah. 
Saya: Camne lak tu?
Mak: Kaki mak yang macam kudis ni bila kopek tak berair. Selalunya kalau kopek mesti berair. 
Saya: Ok lah tu. Teruskan makan jangan tinggal.

Saya cuma bagi dia makan Vita-Lea je dulu. Syok tak baca bila mak kita rasa excited ngan vits yang diaorang makan? Saya lagilah kan.. kembang kuncup badanku yang memang kembang ni... hehehe..

Inilah produknya....

Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Kandungan: 120 Tablets

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
•Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

•Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

•Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

•Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
•Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
•Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Credit: MySuperVitamins

So, sesapa nak makan untuk diri sendiri ke, mak ayah ke.. silalah hubungi saya. Saya bagi best price punye. Niat saya nak bantu anda semua jadi sihat dan amalkan dengan istiqamah. Amin.
 

Message from Professor Muhaya

Salam All,

Saya ada join Prof Muhaya Fan Club (PHMC) and this morning i dapat e-newsletter dari DrMuhaya.com (sori lambat share).

Assalamualaikum warahmatullah Amirah,


Semoga kita semua kekal positif serta bersangka baik kepada Allah dan sesama manusia. Salah satu matlamat pengwujudan PMFC ini adalah untuk bersama-sama kita mencari dan mencapai tujuan hidup yang betul di dunia dan di akhirat. Ada satu perkara yang sering saya tekankan iaitu pencen kubur. Sudahkah kita tambah simpanan pencen kubur kita hari ini?


Pada kali ini, saya hendak menyebut tentang sedekah. Senyuman juga adalah sedekah. Namun, jika kita berkemampuan apa kata kita berikan sesuatu yang paling kita sayang. Selalunya manusia sayang duit, barang yang cantik, dan sebagainya. Sebenarnya, apabila kita memberikan barang yang kita sayang ketika kita masih sihat dan perlukan, pahalanya lebih besar. Jika kita sudah tua, sakit pula, barulah kita hendak bersedekah, pahalanya kurang. Oleh itu, apa kata hari ini kita sama-sama fikir apa yang hendak kita sedekahkan. Contohnya, jika kita menggunakan tandas awam, kita beri sedekah kepada pencuci tandas berkenaan. Tidak kiralah berapa jumlahnya. Biarpun sedikit, insya Allah sedekah yang kecil dapat membantu kita daripada ditimpa musibah. Oleh itu, apa kata hari ini kita buka tangan kita untuk lebih memberi berbanding menerima. Sama-sama kita tingkatkan keimanan kita dan sifat murah hati kita.


Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad)


“Celik mata, reset minda.”

Thanks Prof.

Mari kita berehat di LIMASTIGA





Limastiga : Pavilion







Cantik sangat kan... my BFF Sue tengah plan nak buat our group's family trip there... perginya tak tau bila la; tahun depan InsyaAllah.... apa lagi; mari kita menabung dari sekarang.... semoga tercapai hajat kami nak berkumpul di sini.. AMIN!!!

Friday, June 22, 2012

Download MP3 Al-Quran beserta terjemahan. FREE!!

Salam Jumaat semua.

Dengarkan kesyahduan bacaan Syeikh Abdul Rashid Misyari Al Afasi beserta terjemahan Bahasa Melayu. Download dan anda boleh mendengar ayat - ayat suci Al Quran sambil mengetahui terjemahannya. Al Quran dalam format MP3 ini boleh di download, simpan dalam komputer, Ipad, tablet PC, pendrive, burn dalam cd atau pelbagai gajet terkini.

Sambil - sambil bersantai , sambil - sambil memandu kenderaan sambil mendengar bacaan Al Quran dan terjemahannya. :)

Sebarkan MP3 ini! Sabda Rasululllah S.A.W.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Saya nak kumpul pahala hari ni.. silalah ke link ni yeah.. Amin.

Wednesday, June 20, 2012

Vitamin Kesuburan

Ada pasangan yang dikurniakan cahaya mata sejurus berkahwin atau lebih glemer dengan nama “bunting pelamin”. Ada pasangan yang perlu menunggu lama dan ada juga yang sudah menjalani pelbagai rawatan kesuburan namun masih belum menerima rezeki anak. Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.

Jika semasa bujang anda sudah mengalami sebarang masalah berkaitan organ seks mahupun rahim, anda perlu bersedia dan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan konsultasi atau rawatan yang bersesuaian. Sudah lumrah manusia yang dengan pantas menuding jari kepada si isteri jika mereka masih tidak dikurniakan anak walaupun sudah lebih setahun berkahwin.

Mengapa saya katakan tempoh SETAHUN sebagai penanda aras?? Saya ada membaca artikel di surat khabar yang menunjukkan peratusan untuk pasangan mendapatkan anak semakin rendah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Malah pasangan suami isteri dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar jika sudah berkahwin lebih daripada setahun bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Saya ingin berkongsi mengenai artikel vitamin kesuburan daripada genkimomma yang menerangkan dengan jelas mengenai fungsi setiap vitamin bagi meningkatkan tahap kesuburan kedua-dua pasangan suami isteri. Terima kasih genkimomma untuk perkongsian yang menarik ini.

Sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set):
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:

(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Sumber : GenkiMomma

---------------------------------------------------------------------------------

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, saya mohon untuk anda hubungi saya melalui email amirahbakri@gmail.com kerana ianya tidak semudah seperti menerangkan pakej vitamin untuk masalah penyusuan mahupun kecantikan. Ada banyak persoalan yang perlu saya ketahui sebelum menyarankan vitamin yang sesuai kerana mungkin anda tidak memerlukan kesemua 8 jenis vitamin di atas terutamanya jika anda mempunyai kekangan kewangan.

Credit: My Chibi Box

Tuesday, June 19, 2012

Shaklee New Arrival!




Will post an entry about these new arrival soon...


Petua mendapatkan zuriat cara Rasulullah SAW

Salam. Ada dikalangan kawan saya yang bertanya tentang pengambilan supplement bagi mendapatkan zuriat. Sememangnya usaha yang berterusan dan pengambilan supplement yang tetap, InsyaAllah berjaya untuk hamil. Tetapi kita harus ingat bahawa hanya kepada Allah kita berserah untuk mengurniakan zuriat atau tidak.


Ramai mungkin terlupa yang zuriat juga adalah satu bentuk REZEKI daripada Allah kepada kita. Oleh itu, selain daripada USAHA secara fizikal, kita perlu sertakan dengan amalan kerohanian bagi memperkuatkan keikhlasan hati kita meminta kepada-Nya.

Satu artikel yang menarik daripada blog PakarHowTo mengenai TIPS mendapatkan zuriat cara Rasulullah SAW.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak. Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber : pakarhowto.com

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah SETIAP HARI tanpa putus dan berniatlah

“ Ya Allah, semoga sedekah yang ikhlas ini akan kau pulangkan semula kepadaku dengan rezeki Anak”

Aturan Allah itu sangat unik kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Credit: My Chibi Box
 

Happy 8th Birthday Adam!!


Salam All.

Dengan ini kami mengumumkan bahawa pada hari ini 19hb Jun 2012, anakanda kami; Adam 'Uqasyah bin Zulkifli sudah berumur 8 tahun... Umi dan Ayah doakan semoga Adam membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah agama. Dan juga Adam menjadi seorang yang rajin berusaha agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Handsome tak? Macam Shahrukh tak? :)

Muka ganas; tapi dalam hati ada taman.

Monday, June 18, 2012

GLA Complex


Nama Produk : GLA Complex
Kandungan sebotol: 60 kapsul
Cadangan sajian: 1 capsul

Megapa ianya digelar sebagai EPO Shaklee? Baca di sini.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1

• Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*

• Menyokong sistem imun*

Senarai Semakan Kesihatan Wanita
Bagi menyelesaikan beberapa masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh kaum wanita, Shaklee juga mencadangkan :

Cinch In Loss Plan
Cara pelangsingan / pengurangan berat badan yang sihat. Direka untuk mengakhiri kitaran diet yang amat ditakuti. Kesihatan sememangnya bermula dengan berat badan yang ideal.

Shaklee Vita-Lea
Multivitamin-multimineral yang berpotensi tinggi untuk memastikan pengambilan mikronutrien utama yang optimum, ditambah dengan antioksidan dan nutrisi-nutrisi untuk kesihatan penghadaman.

OsteMatrix
Lebih setengah daripada populasi wanita yang berusia 65 tahun ke atas berisiko menderitai osteoporosis. Mengambil suplemen kalsium, vitamin D dan zat-zat kritikal lain yang menyokong tulang sepanjang hayat anda adalah cara terbaik untuk membina dan memelihara tulang yang kuat di samping mengurangkan risiko osteoporosis**

OmegaGuard
Mengambil suplemen minyak ikan omega-3 yang ultratulen dan berspektrum penuh untuk menjaga kesihatan jantung.* Penyakit kardiovaskulat meragut nyawa hampir sejuta rakyat Amerika setiap tahun - lebih setengah daripada mereka adalah wanita.***

1 Fann YY, Chapkin RS. Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

** Bersenam dengan tetap dan mengamalkan diet yang sihat dengan suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya di kalangan warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi amatlah penting, namun pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.

*** Penyelidikan yang menyokong tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber : Shaklee Malaysia
Credit: MyChibiBox

Friday, June 15, 2012

Pengertian dan Konsep Zakat

Salam. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang zakat kerana masih ada diluar sana yang masih tidak paham tentang zakat ni. Informasi ini diharap dapat membantu ye...

Pengertian zakat

Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain. Sebagai salah satu istilah dalam pengajian hukum atau “fiqh” zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Selain itu, perkataan zakat ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu istilah tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Quran dan al-Sunnah juga menggunakan perkataan “sedekah” bagi pengertian yang sama. Dalam al-Quran misalnya Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Dalam konteks penggunaan biasa, zakat dari segi bahasa didefinisikan sebagai “bersih”, “suci”, dan “berkembang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri dari sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 83 :

Dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Kedudukan zakat dalam islam

Sebagaimana yang diketahui ramai, zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang lima. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“Islam dibina atas lima : Bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan haji ke baitullah bagi sesiapa yang mampu mengunjunginya”

Hadis tersebut jelas memberi erti bahawa zakat adalah rukun islam yang ketiga, iaitu selepas syahadah dan sembahyang. Rukun bererti tunggak atau asas utama pembinaan sesuatu. Ini bererti, tanpa mengeluarkan zakat, seperti juga tanpa sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Ia bermakna slam seseorang tidak berada dalam keadaan yang kukuh atau sebenarnya jika dia meninggalkan zakat Al-Syaukani berpendapat bahawa kewajipan berzakat merupakan satu perkara yang sangat jelas dalam syariah islam dan tidak perlu kepada apa-apa hujah lagi. Oleh sebab itu, mereka yang mengingkarinya dihukumkan kafir. Ibn Qudamah pula berkata sesiapa yang mengingkarinya disebabkan jahil kerana baru memeluk islam atau hidup terpisah daripada masyarakat islam di daerah yang terlalu jauh, maka dia perlu diberitahu tentang kewajipannya, dan dia tidak dihukumkan kufur kerana ada sebab yang munasabah. Tetapi jika dia seorang muslim yang hidup di dalam negara islam maka dia dihukumkan murtad. Oleh itu, dia hendaklah disuruh bertaubat sebanyak tiga kali. Sekiranya enggan hendaklah dibunuh.

Dari sudut ekonomi pula, zakat adalah ciri terpenting sistem fiskal islam dengan mekanisme pengagihannya yang tersendiri. Zakat dengan bentuknya yang tersendiri merupakan alat dasar fiskal yang dapat menangani masalah pengagihan yang merupakan salah satu daripada objektif ekonomi yang penting. Disamping itu, zakat secara automatik boleh menstabilkan jumlah pendapatan dan guna tenaga.

Kewajipan mengeluarkan zakat

Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut tentang kewajipan berzakat. Antara ayat-ayat berkenaan adalah firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 110 :
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan

Dalam ayat diatas, Allah secara jelas menyuruh umat islam mengeluarkan zakat, sepertimana juga mereka disuruh sembahyang. Mengikut para fuqaha, ungkapan suruhan memberi erti wajib kecuali ada asas yang memberi faham ia bermaksud sunat atau harus.

Kepentingan zakat

Dalam banyak ayat al-Quran yang disebutkan, pembayaran zakat dinyatakan bersama-sama dengan mendirikan sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya tanggung jawab ini dalam islam. Ia diberi penekanan yang sama beratnya dengan ibadat sembahyang dan rukun islam yang lain sehingga tidak menunaikannya dianggap tidak beriman kepada kitab suci al-Quran. Kepentingan inilah yang telah meletakkan zakat sebagai antara perintah agama yang tertinggi dan menjadikan orang-orang islam insaf bahawa bayaran ini adalah mudah, murah, dan bukan paksaan terhadap mereka. Semakin tinggi keimanan orang-orang islam, semakin kuranglah peluang bagi mereka mengingkari zakat. Zakat merupakan sejenis bayaran wajib yang mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat islam yang memenuhi syarat-syarat yang tertentu walau dalam keadaan apa sekalipun. Tabung zakat ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, bertindak sebagai syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu dari tabung ini. Oleh itu, ia bertindak sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang menganggur, orang-orang miskin yang memerlukan, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orang-orang sakit, dan lain-lain. Ia merupakan insurans sosial yang penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang cerah bagi mereka.

Ia merupakan satu tabung insurans yang sumbangannya hanya datang daripada orang-orang kaya. Jika pada hari ini kita kaya, kita mestilah memberi sumbangan kepada tabung ini. Orang-orang miskin dan memerlukan akan mendapat manfaat dari tabung ini pada hari ini, tetapi jika kita atau anak-anak kita menghadapi kesusahan pada hari esok disebabkan oleh perubahan dunia ini, kita atau anak-anak kita juga yang akan mendapat manfaat darinya. Jelaslah bahawa zakat memenuhi kedua-dua tujuan iaitu untuk pembersihan jiwa yang merupakan tanggung jawab terhadap agama dan sebagai insurans sosial bagi semua risiko, hasil dari sumbangan secara kolektif.

Thursday, June 14, 2012

Vitamin untuk Skin yang cantik

Salam. Sejak beberapa bulan yang lepas saya rasakan kulit saya sangat kusam dan sangat berminyak. Saya dok google nak cari apa yang sesuai. Ada yang dalam bentuk sachets dan capsules. Saya nak try semua tapi saya under budget kan so kena ikut budget kan... Sedang saya bergoogling, terjumpa satu blog ni. Tgk tuan punya kulit very the vas gitu. Saya baca blog dia, rupa-rupanya dia mengamalkan vitamins dan dia juga pengedar vitamins tersebut. Vitamin apa eh? Baca dan baca lagi its SHAKLEE... Brand ni dah lama kan? MLM gak ni. Dulu ada my 'pet brother' ala abang angkat gitu pun buat gak Shaklee ni tapi dah berkurun lama kan tak tau apa cite..

So, bila dah baca terasa tertarik.. bila tertarik rasa nak cuba so apa lagi saya pun mengemail lah pertanyaan tentang set yang dia syorkan tu... untuk kulit... Nak gebus punya pasal macam tuan punya blog tu kan. Setelah dia reply email saya, pikir nye pikir order lah jugak ngan dia. Mula-mula pikir tu, bila tengok price dia mahal siot.. Tapi bila kira-kira balik boleh makan and save sampai 3-4 bulan korang tak nak ke? Mestilah nak kan.. So dah order tunggu barangnya sampai... Lepas dua hari sampai lah stok untuk kulit ku itu... yeah..yeah... happy sesangat hari tu jugak saya start makan. excited kan... nak kulit cantik bagi abang sayang lagi... hahahahaha.... tapi kalau kulit i x cantik sangat, u sayang i tak? mesti lah sayang gak kan..tolong jawab untuk hubby..hehehehe..

Apa yang saya makan? Ni dia....


Untuk kulit dan anti penuaan serta antioksida

Untuk kolagen dan pelindung sel

Penenang kepada sel dan hormon

Keperluan asas kulit

Setelah mengamalkan pemakanan vitamin ni selama sebulan lebih ni saya dapat rasakan perubahan pada kulit muka saya. Kulit saya kurang berminyak dan spot kat kulit saya makin kurang. Kulit saya ni banyak spots sebab selalu tumbuh jerawat and bila ada jerawat tangan ni gatal so berparut la ia... Tapi sejak makan vitamins ni jerawat macam tak nak keluar je.. Besh kan... Lagi satu kan bila sapu powder kat muka rasa smooth jee..  Lagi besh kan... Suka... Suka.... Marilah kita bersama-sama mencantikkan kulit kita dengan pemakanan vitamins yang betul dan yang penting istiqamah ya..  Juga jangan lupa minum air yang banyak...

Sesapa nak order, jangan segan-segan call saya; 0123600850.

Ammar's 1st MRDS AGM

Salam. I baru je habis minum my Shaklee Protein dan makan Ostematrix. Ingatkan nak tidur then my hubby cakap dia dah convert gambar masa kami meeting MRDS. MRDS? Apa tu? Malaysian Rare Disorders Society atau Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia. Ia berlangsung pada hari Sabtu lepas @ 9th June kat UMMC. Kami dijemput hadir sebab kami tak mendaftar lagi, so this is the best time to go.

Mari I cite sikit pasal MRDS ni..

Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia @ PPJJM ni bermula sejak tahun 2004 lagi. Ia disokong dan diberi tunjuk ajar serta bantuan dari Unit Genetik, UMMC dan Kebajikan Perubatan UMMC.

PPJJM ni merupakan satu pertubuhan sukarela yang mewakili dan menjaga kebajikan individu termasuk keluarga yang terjejas akibat penyakit jarang jumpa. Golongan sasaran adalah individu yang mengalami penyakit jarang jumpa, ahli-ahli keluarga mereka serta individu dan mana-mana organisasi yang menyokong objektif PPJJM.

Apa itu Penyakit Jarang Jumpa? Di Malaysia. 3% hingga 5% bayi yang lahir mengalami kecacatan kelahiran. Diantara kecacatan tersebut, terdapat segolongan yang menghidapi penyakit jarang jumpa. Berikut adalah senarai penyakit jarang jumpa:-
  • Achondroplasia
  • Osteogenisis Imperfecta (OI)
  • Prader-Willi Syndrome
  • Marfan Syndrome
  • Spinal Muscular Atrophy (SMA)
  • Chromosomal Anomalies
  • Mucopolysaccharidoses (MPS)
  • Duchenne Muscular Dystrophy
  • Inborn Errors of Metabolism Fragile X Syndrome.
Banyak kan? Ammar telah disahkan sebaga Achondroplasia. Blood test kami anta ke Singapore untuk pengesahan and Ammar is also categorized as OKU@Orang Kurang Upaya.

Penyakit jarang jumpa ini meliputi masalah genetik kronik yang berpotensi membawa maut. Ia mempunyai isu-isu tersendiri yang perlu dilihat dengan penuh prihatin.

Antara matlamat PPJJM ni ialah untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai peyakit jarang jumpa and meningkatkan kesdaran rakyat Malaysia mengenai penyakit jaran jumpa. Banyak lagi matlamat dia...

So nak dipendekkan cite kan, Saturday morning tu kami breakfast kat Seksyen 14 je... Lepas tu terus pi UMMC for the meeting. Sampai-sampai orang masih tak ramai sangat. Dapat lah jumpa Anna (yang call and invite kitaorang)  dapat gak jumpa Juliana (bahagian Kebajikan UMMC). Pastu kami dipekenalkan dengan Vice President iaitu Puan Allida. Anak Puan Allida ni pun achondroplasia sama macam Ammar. Nama dia Amir Hamzah. He's 13 now. According to Puan Allida, Amir loves cooking. She even show us a video of Amir's in the kitchen.  

Enjoy the pics laa...

President - Dato' Hatijah Ayob

Vice President - Puan Allida and MC for the day

Treasurer - Ustaz (sori tak ingat nama tp suara dis best tau)

Ammar baru bangun tidor

Ammar duk pk "mana la aku ni?"

Group Discussion - Our group_Group 1

Member's of Group 1

Sangat khusyuk mendengar cite each member explain penyakit diaorg

Puan Allida with Mr Chong and Ms X (tak ingat la nama jugak) - Marfan Syndrome

Waiting for our turn

Ammar boring so dia turun naik tangga...

Penat lah...

Ni Shahrul. Dia pun achondroplasia jugak. Tp dia lahir normal cuma dia start ada symptom masa umur dia 7 tahun. He is an Economic student in University Malaya. I kagum tgk dia. Walaupun dia nampak diam je, tp dia observer. Bila suruh di bercakap kami teruja nak dengar sebab cara dia sangat confident. Ammar, jadi macam abang ni eh...

Shahrul & US..

This is Nadira. She had Osteogenisis Imperfecta (OI) since birth. Same age with Shahrul. Currently studying in College. She is so positive. Love her attitude.

This is Ezatul Afiah. She also had Osteogenisis Imperfecta (OI). She is 4. She loves to read book and wants to go to school. She is so cute.

Us with Ezatul & Nadira

Us with Dato' Hatijah and Juliana

Us with Puan Allida

Us with the banner
Banyak yang kami belajar dari meeting ni. Alhamdulillah kami daftar sebab banyak kebaikan yang bakal kami dapat sebagai ahli. Especially for Ammar la..Bila attend meeting ni kami sedar yang ada lagi orang yang lebih complicated syndrome dia. Kami bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini.

Dalam meeting ni kami dibahagikan kepada 3 group. Ours is Group 1. We have to explain the syndrome and what are the consequences we are having. Kami juga diminta memberi pendapat bagaimana nak handle our situation.

After that ada penyampaian hadiah pertandingan melukis bagi kanak-kanak yang hadir tapi my boys tak menang pun... dia orang lebih main. In fact, dia orang la yang paling bising sekali tau tak...

Bagi individu dan syarikat korporat adalah amat digalakkan untuk memberikan sumbangan kepada persatuan ini kerana sumbangan yang disalurkan akan digunakan untuk pelbagai aktiviti serta perancangan untuk ahli-ahli kumpulan ini serta bantuan bagi meringankan beban mereka.
Dah abis meeting, ada jamuan sikit. Kami dijamu dengan nasi ayam. My boys favourite. Lepas tu kami pun balik lah... We had fun attending and meeting all new people. We hope to meet them soon. That's all for now. Take care all.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...