"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Thursday, June 28, 2012

Vita-Lea: Testimonial dari mak saya

Salam All,

Saya lagi. Lama tak post tetiba hari ni rajin nak share info ngan you guys.

Kali ni saya nak share tentang satu produk hebat dalam rangkaian Shaklee. Sebenarnya saya pun baru je makan beberapa hari dan sama juga la dengan mak saya. Nak dijadikan cerita; seperti biasa saya akan call mak saya nak tanyakan apa-apa perihal anak-anak mahupun mak saya sendiri kot-kot dia nak apa2 ke... dah abis amik report tetiba mak saya cakap begini; ni dialog saya ngan mak saya ye...

Mak: Along, ubat (maksud dia vitamin) yang kau bagi mak makan tu eloklah. 
Saya: Camne lak tu?
Mak: Kaki mak yang macam kudis ni bila kopek tak berair. Selalunya kalau kopek mesti berair. 
Saya: Ok lah tu. Teruskan makan jangan tinggal.

Saya cuma bagi dia makan Vita-Lea je dulu. Syok tak baca bila mak kita rasa excited ngan vits yang diaorang makan? Saya lagilah kan.. kembang kuncup badanku yang memang kembang ni... hehehe..

Inilah produknya....

Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Kandungan: 120 Tablets

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
•Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

•Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

•Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

•Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
•Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
•Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Credit: MySuperVitamins

So, sesapa nak makan untuk diri sendiri ke, mak ayah ke.. silalah hubungi saya. Saya bagi best price punye. Niat saya nak bantu anda semua jadi sihat dan amalkan dengan istiqamah. Amin.
 

Message from Professor Muhaya

Salam All,

Saya ada join Prof Muhaya Fan Club (PHMC) and this morning i dapat e-newsletter dari DrMuhaya.com (sori lambat share).

Assalamualaikum warahmatullah Amirah,


Semoga kita semua kekal positif serta bersangka baik kepada Allah dan sesama manusia. Salah satu matlamat pengwujudan PMFC ini adalah untuk bersama-sama kita mencari dan mencapai tujuan hidup yang betul di dunia dan di akhirat. Ada satu perkara yang sering saya tekankan iaitu pencen kubur. Sudahkah kita tambah simpanan pencen kubur kita hari ini?


Pada kali ini, saya hendak menyebut tentang sedekah. Senyuman juga adalah sedekah. Namun, jika kita berkemampuan apa kata kita berikan sesuatu yang paling kita sayang. Selalunya manusia sayang duit, barang yang cantik, dan sebagainya. Sebenarnya, apabila kita memberikan barang yang kita sayang ketika kita masih sihat dan perlukan, pahalanya lebih besar. Jika kita sudah tua, sakit pula, barulah kita hendak bersedekah, pahalanya kurang. Oleh itu, apa kata hari ini kita sama-sama fikir apa yang hendak kita sedekahkan. Contohnya, jika kita menggunakan tandas awam, kita beri sedekah kepada pencuci tandas berkenaan. Tidak kiralah berapa jumlahnya. Biarpun sedikit, insya Allah sedekah yang kecil dapat membantu kita daripada ditimpa musibah. Oleh itu, apa kata hari ini kita buka tangan kita untuk lebih memberi berbanding menerima. Sama-sama kita tingkatkan keimanan kita dan sifat murah hati kita.


Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad)


“Celik mata, reset minda.”

Thanks Prof.

Mari kita berehat di LIMASTIGA





Limastiga : Pavilion







Cantik sangat kan... my BFF Sue tengah plan nak buat our group's family trip there... perginya tak tau bila la; tahun depan InsyaAllah.... apa lagi; mari kita menabung dari sekarang.... semoga tercapai hajat kami nak berkumpul di sini.. AMIN!!!

Friday, June 22, 2012

Download MP3 Al-Quran beserta terjemahan. FREE!!

Salam Jumaat semua.

Dengarkan kesyahduan bacaan Syeikh Abdul Rashid Misyari Al Afasi beserta terjemahan Bahasa Melayu. Download dan anda boleh mendengar ayat - ayat suci Al Quran sambil mengetahui terjemahannya. Al Quran dalam format MP3 ini boleh di download, simpan dalam komputer, Ipad, tablet PC, pendrive, burn dalam cd atau pelbagai gajet terkini.

Sambil - sambil bersantai , sambil - sambil memandu kenderaan sambil mendengar bacaan Al Quran dan terjemahannya. :)

Sebarkan MP3 ini! Sabda Rasululllah S.A.W.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Saya nak kumpul pahala hari ni.. silalah ke link ni yeah.. Amin.

Wednesday, June 20, 2012

Vitamin Kesuburan

Ada pasangan yang dikurniakan cahaya mata sejurus berkahwin atau lebih glemer dengan nama “bunting pelamin”. Ada pasangan yang perlu menunggu lama dan ada juga yang sudah menjalani pelbagai rawatan kesuburan namun masih belum menerima rezeki anak. Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.

Jika semasa bujang anda sudah mengalami sebarang masalah berkaitan organ seks mahupun rahim, anda perlu bersedia dan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan konsultasi atau rawatan yang bersesuaian. Sudah lumrah manusia yang dengan pantas menuding jari kepada si isteri jika mereka masih tidak dikurniakan anak walaupun sudah lebih setahun berkahwin.

Mengapa saya katakan tempoh SETAHUN sebagai penanda aras?? Saya ada membaca artikel di surat khabar yang menunjukkan peratusan untuk pasangan mendapatkan anak semakin rendah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Malah pasangan suami isteri dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar jika sudah berkahwin lebih daripada setahun bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Saya ingin berkongsi mengenai artikel vitamin kesuburan daripada genkimomma yang menerangkan dengan jelas mengenai fungsi setiap vitamin bagi meningkatkan tahap kesuburan kedua-dua pasangan suami isteri. Terima kasih genkimomma untuk perkongsian yang menarik ini.

Sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set):
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:

(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Sumber : GenkiMomma

---------------------------------------------------------------------------------

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, saya mohon untuk anda hubungi saya melalui email amirahbakri@gmail.com kerana ianya tidak semudah seperti menerangkan pakej vitamin untuk masalah penyusuan mahupun kecantikan. Ada banyak persoalan yang perlu saya ketahui sebelum menyarankan vitamin yang sesuai kerana mungkin anda tidak memerlukan kesemua 8 jenis vitamin di atas terutamanya jika anda mempunyai kekangan kewangan.

Credit: My Chibi Box

Tuesday, June 19, 2012

Shaklee New Arrival!




Will post an entry about these new arrival soon...


Petua mendapatkan zuriat cara Rasulullah SAW

Salam. Ada dikalangan kawan saya yang bertanya tentang pengambilan supplement bagi mendapatkan zuriat. Sememangnya usaha yang berterusan dan pengambilan supplement yang tetap, InsyaAllah berjaya untuk hamil. Tetapi kita harus ingat bahawa hanya kepada Allah kita berserah untuk mengurniakan zuriat atau tidak.


Ramai mungkin terlupa yang zuriat juga adalah satu bentuk REZEKI daripada Allah kepada kita. Oleh itu, selain daripada USAHA secara fizikal, kita perlu sertakan dengan amalan kerohanian bagi memperkuatkan keikhlasan hati kita meminta kepada-Nya.

Satu artikel yang menarik daripada blog PakarHowTo mengenai TIPS mendapatkan zuriat cara Rasulullah SAW.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak. Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;

“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”

Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber : pakarhowto.com

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah SETIAP HARI tanpa putus dan berniatlah

“ Ya Allah, semoga sedekah yang ikhlas ini akan kau pulangkan semula kepadaku dengan rezeki Anak”

Aturan Allah itu sangat unik kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Credit: My Chibi Box
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...