"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Thursday, June 28, 2012

Message from Professor Muhaya

Salam All,

Saya ada join Prof Muhaya Fan Club (PHMC) and this morning i dapat e-newsletter dari DrMuhaya.com (sori lambat share).

Assalamualaikum warahmatullah Amirah,


Semoga kita semua kekal positif serta bersangka baik kepada Allah dan sesama manusia. Salah satu matlamat pengwujudan PMFC ini adalah untuk bersama-sama kita mencari dan mencapai tujuan hidup yang betul di dunia dan di akhirat. Ada satu perkara yang sering saya tekankan iaitu pencen kubur. Sudahkah kita tambah simpanan pencen kubur kita hari ini?


Pada kali ini, saya hendak menyebut tentang sedekah. Senyuman juga adalah sedekah. Namun, jika kita berkemampuan apa kata kita berikan sesuatu yang paling kita sayang. Selalunya manusia sayang duit, barang yang cantik, dan sebagainya. Sebenarnya, apabila kita memberikan barang yang kita sayang ketika kita masih sihat dan perlukan, pahalanya lebih besar. Jika kita sudah tua, sakit pula, barulah kita hendak bersedekah, pahalanya kurang. Oleh itu, apa kata hari ini kita sama-sama fikir apa yang hendak kita sedekahkan. Contohnya, jika kita menggunakan tandas awam, kita beri sedekah kepada pencuci tandas berkenaan. Tidak kiralah berapa jumlahnya. Biarpun sedikit, insya Allah sedekah yang kecil dapat membantu kita daripada ditimpa musibah. Oleh itu, apa kata hari ini kita buka tangan kita untuk lebih memberi berbanding menerima. Sama-sama kita tingkatkan keimanan kita dan sifat murah hati kita.


Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad)


“Celik mata, reset minda.”

Thanks Prof.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...