"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Tuesday, May 22, 2012

Still ON Sick Mode

Peeps, I am still on Sick Mode.

Alhamduilillah Ammar has fully recovered. Ameer is still sick sebab dia kena mouth ulcer. Tulah malas nak minum air, nilah jadinya...kesian sangat tengok dia, dah letak Bonjela pun tak baik gak. Esok klu tak baik gaik pi jumpa mr. doctor la nampaknya.

Semalam Arham Hakimi pulak demam. Adam called during recess from school bagitau Kimi demam. So, i called the class teacher Pn Radinawati to double confirm. Cikgu tak tahu, so i suruh dia check and call us. Later my hubby called, dia cakap cikgu call and confirm Kimi demam. Dahlah tengah exam. I pun rush out from office to school. Sampai school, Kimi is already lying on the sofa in the office. Nampak lembik je. Lepas dah tulis dalam buku sekolah and got guarantee letter from school (Cikgu Siti Hawa kata Kimi can sit for the paper yang dia tak buat on Friday; Alhamdulillah), singgah rumah amik kad PPUM Kimi and terus Klinik RUKA kat PPUM. Baru je keluar rumah Kimi muntah dalam kereta. Patah balik tukar baju dia. Kat sekolah tadi ada rasa nak muntah tapi tak jadi. Dia tak makan sbb tekak dia tak syok...Sampai PPUM, parking sangat packed ok.. pusing punya pusing akhirnya dapat.

Ni selingan eh... masa tgh tunggu pakcik ni kuar parking, kete belakang i ni berhenti la jugak kan... i nampak anak dia dah besar ok, 'membuang yang besar' kat area parking tu. pastu boleh cebok pulak kat situ; menjejeh2 ok pastu dia boleh 'bogel' kat situ.. kot ye budak tu 'tak sihat' please la jangan aibkan dia ok.. mmg not my day tau semalam sebab menyaksikan yang tak sepatutnya. bukan saja nak tengok tau... TERTENGOK!!

So, dah parking kami turun nak pi lift. Kat situ Kimi muntah lagi..tertinggal lak towel dalam kete i lari pi amik.betul2 drama la.pastu Kimi nak dukung sebab dia pening and tak larat nak jalan. Mungkin sebab tu Allah jadikan i besar macam ni and tak kurus2 sebab tugas i sebagai umi ialah untuk mengendong / mendukung anak2 i yang walaupun tak besar/gemuk tapi yang berat tulang. I redha ok.. Nasib baik i pakai selipar... huhuhuhuhu.. Sebelum daftar i pi beli mineral utk dia. Sampai kat kaunter, nurse suruh i pi beli 100 plus lak. Kimi tak nak tinggal sekejap; nak jugak ikut i pi beli. I suruh dia jalan, tak larat mak tau.

Dah daftar, time to wait. Kimi baring je. Suruh minum 100 plus tu minum sikit2 je... i jelah minum. Haus tau tapi takdelah i abiskan. Then Kimi di panggil untuk timbang berat. And his weight is only 17.1kg. Masa tu pun dia muntah2, so nurse tu cakap dia akan suruh doktor jumpa Kimi dulu. No kami is 1332, and dengan keadaan Kimi kami dapat masuk awal. Berjumpalah kami dengan Dr Khairi. Dia dah examine Kimi. Kimi nya tonsil bengkak; tu penyebab dia demam. Blood pressure dia normal and air dalam badan pun cukup. I tanya doktor macamana nak tahu air dalam badan cukup ke tak? So Dr Khairi pun xplain; bila kita tekan hujung jari and warna merah maknanya air dalam badan cukup. Klu kita tekan warna putih je macam takde darah and lama je putih tu tak cukup la air dalam badan. 

Kimi diberi 2 ubat; ubat demam and antibiotik. Klu sampai rabu dia masih demam lagi, kena pi hospital balik nak amik darah lak. So far he's getting better. Dr Khairi tak kasi minum air sejuk dari fridge takut nanti lagi bengkak. Tengah dia kira2 brapa ml nak bagi kimi ubat i tanya dia formula tu. Yelah i ni kan ada 4 orang anak; lain2 berat badan; lain2 umur so kena tahu exact brapa kena bagi takut overdose lak. Dulu ada minta doktor kat paeds emergency; sudah lupa la...

Formulanya ialah = Berat (kg) x 10  x 5ml  
                                     250mg

Boleh bagi either 125mg / 250mg. so klu kat rumah kita ada 125mg je guna formula diatas tapi tukar yang warna merah tu jadi 125mg.

Dah jumpa doktor, time to ambil ubat pulak. Tunggu punyalah lama. Sampai dekat pukul 2pm tunggu untuk 2 ubat je. Sengal duduk lama2. Nak bangun jalan2, Kimi tidur. Duduk jelah. Dapat je ubat; rush antar dia balik, bagi dia and diri i makan and terus masuk opis. 
Tu jelah update i kali ni. Till we meet again in my next post. Take care.
 

2 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

Love Equal Us said...

Thank you beary much for the info ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...