"Tidak akan kayanya kita kalau terlalu kedekut untuk bersedekah, dan tidak akan miskinnya kita kalau kita selalu bersedekah"

Friday, September 28, 2012

19 Sebab Kenapa Perlu Makan Vitamin dan Supplemen

Salam Jumaat semua.

Kenapa kita perlu makan vitamin? Ni yang saya nak kongsi dengan anda diluar sana sebab-sebabnya. Jangan kita makan vitamin sebab nak ikut orang. Lain orang lain keperluan dan bila kita nak makan vitamin ni kita perlu tahu badan kita.

Jangan juga sebab banyak tawaran hebat di farmasi, anda semua pegi balun beli tanpa seldik dahulu samada vitamin ni memang diperlukan oleh badan kita atau tidak. Dengan erti kata lain, bila kita nak makan kita perlu ada ilmu.



Makanya, silalah sambung bacaan anda sebabnya ya.

1. Masalah Penghadaman
Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempura atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.

2. Kopi, Teh Panas & Rempah
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

3. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin V12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

4. Merokok
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghaaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Pengggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineal seperti potassium, sodium dan magnesium.

6. Fad Diet
Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia. 

7. Makanan Terlebih Masak
Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E. 

8. Makanan Diproses (dalam tin)
Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

9. Makanan Segera
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut. 

10. Antibiotik 
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus. 

11. Alahan Makanan
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.

12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber makanan daripada tabaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah. 

13. Kemalangan dan Penyakit
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperlian terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.

14. Tekanan atau Stress
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B4, B6 dan Vitamin C.

15. Sindrom pra haid
Penyelidikan sainstelah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.

16. Remaja
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.

17. Wanita Hamil
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan jua bayi.

18. Pil Perancang
Pil Perancang boleh mengurangkan penyerapan asik folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, Zink dan juga riboflavin

19. Warga Emas
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Credit: Cikgu Hani

Dah paham semua?

Sebenarnya banyak lagi sebabnya tapi cukup takat ni dulu la ya. Ni pun kalau korang masih nak nafikan, i have no say...  badan korang nilailah sendiri... orang kata tepuk dada tanya kesihatan.... 

Tubuh kita ni anugerah Tuhan untuk kita jaga dan belai. Ingatlah kita nak guna badan kita ni lama, nak guna nak buat ibadah, nak berbakti pada parents kita, nak kerja keras untuk anak-anak kita dan macam-macam lagilah..

Jadinya, marilah kita amalkan makan vitamin... 

Nak beli kat siapa? Beli kat saya lah.... Amirah.

Nak beli vitamin apa? Belilah SHAKLEE - Creating Healthier Lives.

Nak best price? Boleh aje... Call saya tau; 0123600850

1 comment:

Anonymous said...

I do not even know the way I finished up right here, but
I believed this publish was once great. I do not understand who you are however certainly you're going to a famous blogger if you happen to aren't
already. Cheers!

my web page; ranger forum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...